Friday, 24 August 2012

Bersyukur

           Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMU ya Allah kerana aku dilahirkan di Malaysia. Kehidupan ku sejak lahir lagi telah banyak dibantu oleh negara ini, negara ini banyak berjasa kepada ku. Di dalam negara ini aku mendapat pendidikan, perubatan dan taraf kehidupan yang memudahkan. Aku sedih melihat bagaimana rakyat di negara lain menderita.. Anak-anak kecil dan orang-orang tua yang kelaparan, kehausan dan kesakitan seperti di Afrika, Palestin, India malah Indonesia.. Kesihan pada mereka.. Pendidikan sukar untuk didapati, kemudahan asas seperti air dan elektrik pun jarang-jarang.. Apatah lagi perubatan..  Aku benar-benar bersyukur menjadi rakyat Malaysia, InsyaAllah aku akan cuba membalas jasa negara ini terhadap aku.

No comments:

Post a Comment